lay

Friday, February 22

Flashback of my tale :D

Assalamualaikum thanks to anyone yg still sudi nak baca blog saya yg memang sangat bosan ni haha.
Tetibe rasa nak aktif blog sebab since dah habis sekolah ni kan dah jarang jumpa kawan so takde tempat nak mengadu so blog ni lah tempat nak story semua bende before saya lupa kisah hidup sendiri sebab ~ saya ada amnesia sikit hoho
Diary ? haha masa form4 n form5 ade tp tulisan buruk la so memang takkan baca la.
Ok let's begin...sikit2 flashback haha
Just to introduce myself again sebab nanti kalau cerita yg present punya cite ni nanti jadi x paham.


.................................................................


Ehem masa form1 sampai form3 saya sekolah kt smk pandan jaya.
Hidup saya perfect kat situ sebab ade kawan2, cikgu2, bf (haha) yg semuanya baik2.
Even though saya ni prefect tapi still saya bergaul dgn semua orang termasok lah budak2 laki gangster.
Kalau nak kata lepak dengan diorang tu tak la tp kalau setakat lepak2 kat sekolah okla.
Senang cerita saya ni jenis tak pilih bulu lah semua saya kawan xD
Cuma ada certain orang yang ingat saya kerek n anti pengawas sampai buat group kejadah lah so ..
Apa nak buat kita takkan pernah dapat puaskan hati semua orang.

To be honest masa form3 saya macam dah start nak jadi liar.
Bila keluar dengan kawan or bf balik malam la , then nak pmr x bukak buku sampai lah malam sebelum pmr.
Parents marah and pukul pun (sekali je) pun tak serik.
And masa form3 lah saya dah pandai sengaja tinggal solat.
Tahun tu memang teruk gila la.
Jiwa remaja memuncak kan haha
Imagine lah malam before pmr pun saya sempat online pakai opera mini kat fon sebab mak dah tak bagi guna pc.
Sumpah lah parents memang tak letak harapan langsung and sedih tengok saya.
Yela sebab UPSR dulu saya kira ok la jugak result.
KArang nanti tiba2 pmr takde A mesti parents malu dgn family yg lain.
Mama sampai menangis banyak kali pun saya tak kisah.
Sumpah memang dah give up dgn pmr.
3 bulan lepastu, result keluar.
Kuasa Allah, kita taktahu apa yg Allah dah plan untuk kita.
Allah bagi saya peluang sekali lagi nak rasa kejayaan.
Alhamdullilah result pmr ok.
Mak ayah sumpah tak percaya.
Saya ni lagi la terkejut beruk hutan.
Cuma seminggu before ambik result tu saya ada amalkan baca ayat2 quran sikit.
Saya pun tak faham masa tu kenapa Allah bagi saya kejayaan macam tu sedangkan saya tak usaha keras untuk tu.


.................................................................


Tapi sekarang saya dah faham.

Lepas dapat result tu saya dapat offer SBPI gombak.
Sekolah tu actually Munirah yg apply kan so thanks a lot to her hehe
Sekolah apa tu ?
Saya pun taktahu tapi saya pergi sebab
-cikgu Zaleha suruh pindah
-mama asyik puji adik sebab dia dapat masuk VI
-taknak BIO !!!

Saya apply sains teknikal so dapat lah masuk kelas 4 Jabir al-hayyan (JH)
Sekolah tu rupanya sekolah yg menekankan agama gila.
Tudung saya masa tu dah la rempit so kena pandang slack.
Saya kan jenis tak kisah kalau borak dgn lelaki so masa 2nd day dah kena tengking dengan cikgu sebab borak dengan lelaki.
Masa tu saya takde kawan langsung sebab saya daftar lambat seminggu sebab kena chicken pox :(
Humm masa tu sedih gila macam nak bunuh diri.
~Family takde (kena duduk asrama)
~Kawan2 lama takde
~jauh dgn bf
~takde fon
~Environment yg beza sgt dgn smkpj !
Masa tu saya macam tak faham kenapa la Allah tentukan hidup saya utk sengsara macam tu.


.................................................................


1 year later.
Saya dah boleh adapt dgn sekolah tu.
Masa form5 lah baru saya sedar.
Sebelum masuk sbpi gombak saya almost tersasar jauh.
Kat sini saya terpaksa jaga solat, qiamulail kadang2, jaga pergaulan, tutup aurat betol2.
Benda yg terpaksa ni lama2 saya rasa macam, ok dah.
Sebab benda yg dipaksa ni semua memang penting gila dalam islam.
Cuma tahun tu saya banyak problem dgn kawan.

Then SPM pun tiba.
Terasa cepat je macam baru semalam saya daftar sekolah yg saya benci sangat ni.
Macam biasalah spm pon belajar last minit.
Owh yea saya dah de bf baru kt sekolah ni hoho saya panggil dia iban.
Start dengan dia masa 6 august 2011.
Ehem masa bulan spm kan cuma ada form5 je kt sekolah.
So ? apal lagi enjoy la !
Kitorang pinjam projector sekolah n buat movie malam2 kt dorm n order domino's semua.
Sumpah lagi best dari cinema !
Boys pulak pukul 2 3 pagi lompat asrama pergi main bola kat padang xD
handphone pon boleh !
SUmpah best gila hostel masa tu !
Masa tu lah terasa ukhwah kitorang kuat gila sampai rasa taknak habis spm sebab taknak berpisah.

Mula2 budak2 tulen balik :'(
Sedih sangat.
Pastu budak2 agama balik then finally aku..
budak2 teknikal habis paper.
Ya Allah Kau jela yg tahu perasaan kitorang masa tu.
HAppy dah habis spm tapi sedih sebab lepas ni maybe tak dapat gather dgn kawan2 macam ni.
Bagi budak2 asrama ukhwah persahabatan ni penting sgt sebab kat asrama kita cuma ada kawan.
Hari terakhir masing2 kat sekolah tu ada yg nangis.
Ada yg tahan je air mata.
Our school life is over.
We're going to face the real life outside.

.................................................................


And now here i am.
Sitting on my bed in 23rd february of 2013.
Sekarang baru aku sedar apa hikmahnya Allah takdirkan aku masuk sbpi gombak.
Before habis sekolah tu aku rasa berat hati semacam nak tinggalkan sekolah sebab lepas ni dah takde warden2 or kawan2 nak kejutkan aku solat subuh.
And takde kawan2 nak kejutkan aku pergi kelas.
Tapi aku faham.
Hidup ni
kita takboleh nak stay kat satu tempat yg sama.
That's life.
So this was my school life.
How about urs ?